Sunday, May 22, 2011

Penggodam Malaysia Tertangkap

Kuala Terengganu, 6 Januari 2010 - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditangkap dirumahnya oleh Skuad Polis Khas Bahagian Jenayah Siber dan dibantu oleh Interpol atas dakwaan mengodam pangkalan data penjenayah global. Dia yang dikenali sebagai Agent juga didakwa atas dakwaan mengodam pangkalan data akedemik sebuah universiti dunia dan juga sebuah pangkalan data sosial di Eropah. Pihak Interpol berjaya menahannya setelah penyiasatan selama 5 bulan yang lepas. Menurut Ketua Interpol untuk misi ini, SSA Rossi; Agent adalah salah seorang daripada penggodam yang meningkat naik dan dia boleh dikategorikan sebagai penggodam yang berpengalaman dan berpotensi untuk melakukan masalah besar kepada dunia. Dia juga dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli Uplink : Hacker Elite. SSA Rossi menambah, sebenarnya bukan mudah untuk menjejak seorang penggodam kecuali dia sendiri melakukan kesalahan seperti meninggalkan jejak di dalam sistem yang telah digodamnya. Pihak kami cuba menghubungi Sekuriti Malaysia atau MyCERT untuk maklumat lanjut tetapi tidak berjaya.

No comments: