Wednesday, May 4, 2011

Pengenalan Bahasa Pengaturcaraan C

Akar dan asal dari bahasa pengaturcaraan C adalah bahasa BCPL yang dikembangkan oleh Martin Richards pada tahun 1967. Bahasa ini memberikan idea pada Ken Thompson yang kemudian mengembangkan bahasa yang disebut dengan panggilan B pada tahun 1970. Perkembangan selanjutnya dari bahasa B adalah bahasa C yang ditulis oleh Dennis Ritchie sekitar tahun 1970-an di Bell Telephone Laboratories Inc.

Bahasa C pertama kali digunakan adalah pada komputer Digital Equipment Corporation PDP-11 yang menggunakan sepenuhnya sistem pengoperasian UNIX. Standard bahasa C yang asli adalah standard dari UNIX. Sistem operasi, kompiler C dan seluruh program aplikasi UNIX yang esensial ditulis dalam bahasa C. Kepopularan bahasa C membuatkan setiap versi dari bahasa ini banyak dibuat untuk komputer jenis mikro.

Bagi membuat versi2 ini menjadi standard, ANSI (American National Standard Institutes) membentuk suatu komuniti (ANSI Committee X3J11) pada tahun 1983 yang kemudian menetapkan standard ANSI utk bahasa C. Standard ANSI ini didasarkan kpd standard UNIX yang diperluas. Bahasa C mempunyai kemampuan lebih dibanding dengan bahasa pemprograman yang lain.

Bahasa C merupakan bahasa pemprograman yang bersifat portable, iaitu suatu program yg dibuat dgn bahasa C pada suatu komputer akan dapat di jalankan pada komputer lain dengan sedikit (atau tanpa) ada perubahan. Bahasa C merupakan bahasa yang biasa digunakan untuk keperluan pemprograman sesebuah sistem operasi, antara lain adalah untuk membuat, 1. Assembler, 2. Interpreter, 3. Compiler, 4. Sistem Operasi, 5. Program Bantuan (utility), 6. Editor, 7. Paket program aplikasi.

Beberapa program paket yang seperti dBase dibuat dengan menggunakan bahasa C, bahkan sistem operasi UNIX juga dibuat dengan menggunakan bahasa C. Bahasa C sesungguhnya merupakan bahasa pemprograman yang serbaguna dan pemakaiannya tidak terbatas untuk pemprograman sistem sahaja, namun juga dapat digunakan untuk aplikasi lain seperti ruangan bisnes, matematik mahupun alatan permainan.

Dlm beberapa struktur, bahasa C digolongkan sbg bahasa pertengahan. Penggolongan ini bukan bererti bahasa C tidak kukuh atau terlalu rumit dibandingkan dengan bahasa tingkat tinggi. Ditegaskan bahawa bahasa C bukanlah bahasa yang berorientasi pada mesin yang merupakan ciri dari bahasa tingkat rendah aitu bahasa mesin dan assembly. Pada kenyataannya, bahasa C dikombinasikan oleh elemen dalam bahasa tingkat tinggi dan bahasa tingkat rendah.

No comments: