Monday, May 9, 2011

Malaysia Antara Negara Paling Mesra

Malaysia adalah antara 10 Negara paling mesra selepas 1 kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra. Selain kemesraan rakyat tempatan, 1 lagi kriteria yg digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu. Kaji selidik yang dijalankan dari April-Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara. Mereka ditanya soalan spt di manakah mudah bagi mereka m'dpt kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan. Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang byk menggunakan bahasa itu, berada dlm senarai teratas. Namun, t'dapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu. Untuk tahun kedua berturut2, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. Tapi memang kebanyakan orang Malaysia lebih hormat orang dan mudah tersenyum. :) Dari bayi sehinggalah orang tua. Betul kan..

No comments: