Wednesday, May 4, 2011

Komunikasi Untuk Kemahiran

Kita telah bertahun2 untuk belajar bagaimana untuk bercakap dan berkomunikasi. Namun bagaimana dgn mendengar? Jenis latihan atau pendidikan apakah yg dapat membantu kita mendengar supaya kita benar2 memahami orang lain daripada sudut pandangan orang itu? Tidak ramai yang terlatih dalam latihan mendengar. Kebanyakan latihan yang mereka terima dlm teknik etika personaliti, terpisah drpd akhlak dan dasar perhubungan yg begitu penting utk memahami org lain dgn baik.

Jika kita hendak benar2 berkesan dlm tabiat b'komunikasi interpersonal, kita tidak boleh menggunakan teknik sahaja. Kita seharusnya membina kemahiran mendengar secara empati berdasarkan akhlak yang menggalakkan sifat terbuka & percaya. Kita mesti m'bina akaun bank emosi kita sendiri yang dapat membina perundingan antara dua jiwa. Cuba memahami dahulu melibatkan penganjalan paradigma yang besar.

Kita biasanya cuba difahami. Kebanyakan orang tidak mendengar dengan niat untuk memahami, mereka mendengar dengan niat untuk menjawab, mereka bercakap atau mereka bersedia untuk bercakap. Mereka merasakan segala-galanya melalui paradigma sendiri, membaca autobiografi dalam kehidupan orang lain. Setelah kita memahami barulah cuba untuk difahami sebagai imbangan di mana ianya adalah saling bergantungan.

No comments: