Monday, May 23, 2011

Ketahui Ruang Hard Disk Anda Dengan Disktective

Saya baru sahaja mendapat mesej “Low Disk Space” dari Windows yang menyatakan ruang pada Local Disk (C:) saya hampir penuh. Ini membuatkan saya tertanya, fail apa yang besar sangat sampai nak penuh partition saya ni ? Anda juga pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Bagi membantu anda mengenalpasti fail-fail manakah yang banyak menggunakan ruang pada partition anda, gunakan Disktective. Disktective boleh memaparkan saiz bagi direktori-direktori dalam partition anda, dalam bentuk byte mahupun dalam peratus. Informasi ini dipaparkan dalam bentuk carta pai agar dapat memudahkan anda. Download Disktective di sini.

No comments: