Wednesday, May 4, 2011

Fedora

Fedora adalah OS berasaskan Linux yang menampilkan perkembangan muktakhir dalam OpenSource sistem. Fedora selalu bebas utk siapa pun utk menggunakan, mengubah dan menyebarkannya. Fedora dibangun oleh programer2 dan freelancer di seluruh pelusuk benua yang bekerja samada dalam komuniti ataupun untuk Projek Fedora. Projek Fedora terbuka untuk semua orang. Sesiapapun boleh memberikan hasil idea atau kepakaran masing2 dalam menyumbang kemajuan hasil sistem fedora.

Projek Fedora jauh kehadapan. Berkembang sgt pesat untuk menjadikannya sistem yang paling laris dan popular untuk abad ini. Fedora adalah sebuah distro Linux menggunakan package RPM dan installation YUM yang dikembangkan oleh Fedora Project. Ianya dijana oleh komuniti pemprograman serta ditaja oleh Red Hat. Nama Fedora berasal dari karakter fedora yang digunakan di logo Red Hat. Pada keluaran 1 sampai 6, distro ini dinamakan Fedora Core yang kemudian berubah menjadi Fedora pada keluaran ke-7.

Tentang Fedora
Projek Fedora adalah hasil kumpulan projek tajaan oleh Red Hat dan dikembangkan sebagai kerjasama antara komuniti open source dan juruteknik Red Hat. Tujuan dari Fedora adalah perkembangan software yang berterusan yang disegani dan laju. Proses yang terbuka, inovasi yang cepat, pemanfaatan dan transparansi. Semuanya dalam langkah untuk menjadi OS dan platform terbaik yang bebas. OSnya bernama Fedora. Versi terbaru Fedora dihasilkan dua kali setahun.

Fedora merupakan kombinasi terbaik dari software yang dipercayai dan paling baru yang pernah ada dalam dunia software bebas. Idea asal adalah menjadikan impian sesuatu kenyataan. Hal ini dapat fahami sebagai program yang memberikan sebuah perisian yang t'baik, bebas & t'buka, tanpa bayaran, boleh digunakan secara bebas, boleh dimodifikasi, boleh disebarkan berulang-kali, dan tidak membebani dengan hak cipta sudah tentu tiada penggunaan lesen.

No comments: