Sunday, May 29, 2011

Disebalik Suria Perkasa Hitam

Suria Perkasa Hitam sangat dikenali dikalangan kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 80an. Pertama kali ditayangkan di Jepun pada tahun 1985. Cerita super hero tahun 1985. Kalau nak dibandingkan dengan filem superhero zaman sekarang memanglah tak terlawan kesan khas yang digunakan. Kesan khas zaman dulu-dulu, budak zaman sekarang tengok, konfem ketawalah diorang.

Walaubagaimanapun, Suria Perkasa Hitam adalah superhero lagenda bagi rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1980an termasuk rakyat Jepun sendiri. Pelakon yang membintangi drama superhero itu ialah Tetsuo Kurata. Untuk pengetahuan korang Tetsuo Kurata ini bukanlah pelakon yg terkenal atau mahir dalam seni mempertahankan diri, tetapi beliau dilatih selepas dipilih untuk memegang watak Suria Perkasa Hitam itu.

Pemilihan untuk memegang watak di dalam drama superhero ini dibuat bukanlah secara random, tetapi secara audition. Mereka diuji bakat untuk menjadi superhero. Ini membuktikan mereka memilih pelakon yang bersesuaian dengat terperinci. Bukan sahaja yang terpilih itu 'ada rupa', tetapi juga berbakat besar. Segala aksi stunt yang ada didalam setiap episod Suria Perkasa Hitam ini dilakukan oleh pelakon asal itu sendiri.

Aksi lompat dari tempat tinggi, aksi pacak motor, aksi terpelanting dari letupan dan aksi tendang menendang, semuanya dilakukan oleh pelakon asal itu sendiri. Hebat bukan ? bukan itu sahaja, masih ada lagi kebolehan lain pelakon Suria Perkasa Hitam ini. Lagu Suria Perkasa Hitam ini juga dinyanyikan oleh Tetsuo Kurata sendiri. Jadi korang pasti boleh paham kan kenapa Suria Perkasa Hitam boleh famous ?

No comments: