Berita baik kepada para pengguna Blogspot sekalian. Blogger kini telah tersedia dalam Bahasa Melayu. Biar betul ! Macam tak percaya pulak, Bukannya apa, selama ini hanya Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf oleh Blogspot. Jadi, untuk memastikan adakah perkhidmatan tersebut memang benar-benar wujud maka saya telah cuba untuk menjadikan default bahasa saya sebagai Bahasa Malaysia. Dan hasilnya ia menukarkan semua teks dalam dashboard kepada Bahasa Melayu.
Bangga betul rasanya bila Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh Blogspot. Jika anda masih tidak tahu, Blogspot atau Blogger adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Google, sebuah syarikat enjin pencari yang terbesar dan berada pada ranking yang pertama. Impak positif daripada ini adalah amat besar kepada pengguna-pengguna Bahasa Melayu seperti kita. Untuk memudahkan kefahaman anda, biar sahaja saya senaraikan impak tersebut sekadar yang saya boleh fikirkan :-
Setakat ini sahaja yang dapat saya fikirkan dengan masa yang agak terbatas ini. Kalau anda ada idea atau pandangan lain silalah postkan ke dalam komen supaya kita semua boleh berkongsi maklumat.

1. Enjin carian yang lain akan menuruti jejak langkah Google dengan menyediakan perkhidmatan dalam Bahasa Melayu.
2. Iklan serta banner akan turut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bermakna banyak lagi business untuk orang Malaysia.
3. Secara tak langsung akan wujud perkhidmatan penterjemahan atau kamus ke dalam Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat gergasi internet.
4. Bahasa Melayu akan diiktiraf dalam talian internet menjadikannya cepat berkembang.
2. Iklan serta banner akan turut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bermakna banyak lagi business untuk orang Malaysia.
3. Secara tak langsung akan wujud perkhidmatan penterjemahan atau kamus ke dalam Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat gergasi internet.
4. Bahasa Melayu akan diiktiraf dalam talian internet menjadikannya cepat berkembang.
Setakat ini sahaja yang dapat saya fikirkan dengan masa yang agak terbatas ini. Kalau anda ada idea atau pandangan lain silalah postkan ke dalam komen supaya kita semua boleh berkongsi maklumat.

No comments:
Post a Comment