Monday, May 23, 2011

Baiki Masalah PC Dengan BartPE

Sebagai pengguna Windows adalah menjadi lumrah untuk kita menghadapi seribu satu masalah dengan Operating System keluaran Microsoft ni. Nasib baiklah dengan adanya pelbagai perisian dan utiliti, macam-macam kita boleh buat untuk membaiki masalah di dalam Windows. Tapi, bagaimana pula kalau Windows pun tak dapat nak buka ? Jangan bimbang kerana anda boleh lancarkan pelbagai program tanpa perlu masuk ke dalam Windows dengan menggunakan BartPE. BartPE adalah Boot CD untuk Windows. CD ini digunakan untuk tujuan PC Maintenance, iaitu penyelenggaraan komputer.

Berikut perkara yang anda boleh buat dengan BartPE adalah :-
1. Buang virus dan spyware
2. Backup fail. Salin dokumen-dokumen penting anda ke dalam storage lain
3. Layari Internet. Gunakan Opera atau Firefox
4, Boleh buang password ini supaya anda boleh login ke dalam Windows
5. Dan banyak lagi bergantung kepada plugin yang anda sertakan ke dalam BartPE

Bagaimana Nak Buat BartPE. Ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Download PE Builder yang terbaru dan install
2. Buka fail pebuilder.exe
3. Pada ruangan Source, masukkan CD Windows XP anda
4. Pada bahagian Media Output, pilih "Burn to CD/DVD"
5. Setelah proses burn selesai, anda bolehlah menggunakan BartPE anda

No comments: