Wednesday, May 11, 2011

Apakah Rahsia Untuk Mendapatkan Awek atau Pakwe Yang Baik

Jawapannya ialah, anda mestilah terlebih dahulu menjadi orang yang baik. Untuk memiliki pasangan, pertama sekali anda perlulah memperbaiki diri supaya dapat pasangan yang terbaik. Mmg tiada manusia biasa yg sempurna namun untuk mendapatkan pasangan, semua manusia mahukan yg terbaik. Jika anda m'punyai banyak kekurangan, bagaimana anda mahukan pasangan anda mempunyai banyak kelebihan? Untuk menjadi manusia yang baik, perlukan mental yang baik. Di sini saya kongsikan dengan anda rahsia untuk mempunyai mental yang baik supaya anda lebih tenang dan penuh keyakinan diri.

01. Luahkan atau kongsikan masalah anda dengan orang lain.
02. Luaskan pergaulan, banyakkan berkomunikasi dengan orang lain.
03. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama.
04. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab.
05. Banyakkan membaca. Penuhi waktu anda dengan sebaik mungkin.
06. Berkongsi hobi / kegemaran anda dgn keluarga, sanak saudara, jiran & rakan2.
07. Jaga kesihatan diri dengan memakan makanan-makanan berkhasiat.
08. Bersenamlah selalu. Amalkan gaya hidup yang sihat.
09. Makan makanan yang seimbang dan minum air masak mencukupi.
10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
11. Bersiar-siar, menonton wayang dan makan diluar sekali sekala.
12. Pastikan diri anda sentiasa ceria dan gembira.
13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga dan isu-isu semasa dengan bijaksana.
14. Bersikap realistik tentang perubahan dan cabaran dalam pelbagai aspek.
15. Sentiasa bersikap positif.

Sebenarnya ada banyak lagi tips bagaimana untuk menjadi seorang yang lebih baik. Namun cukuplah 15 tips tu dulu untuk kita sama-sama praktikkan. Cakap banyak pun tak guna. Yang lebih pentingnya ialah TINDAKAN!. Bak kata orang puteh, “no action no result”. You choose what you want to be.

No comments: