Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yg b'kepentingan dalam organisasi. Pasukan ini sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan pengurusan aktivitinya serta kerap m'hasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan b'prestasi tinggi lebih sedia m'bangunkan potensi, m'gemas kini kepakaran & menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sbg penggerak dlm memastikan kecermelangan pasukan.
Oleh itu, faktor2 yg m'pengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi meransang p'libatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh 3 faktor iaitu Kemampuan pekerja, Persekitaran kerja dan Motivasi pekerja Terdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri daripada 1. Kopetensi anggota pasukan, 2. Kemahiran, proses dan cara kerja, 3. Kemahiran interpersonal, 4. Komunikasi dan kelebihan personaliti, 5. Sistem nilai, Visi, matlamat dan hala tuju yang sama, 6. Nilai organisasi.
Disamping itu kejelasan m'genai peranan, kuasa & tanggungjawab stp anggota pasukan turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yg menjadi pegangan mereka. Apabila mereka mengatahui tugas masing2 dengan sebaiknya serta etika kerja yg m'jadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.
Melihat kepada faktor2 disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi & pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan matlamat pasukan yang ingin dicapai.
Usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi juga memerlukan jalinan kerjasama yg erat & komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan stakeholder dan majikan, memenuhi objective asal penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.

No comments:
Post a Comment