Wednesday, May 4, 2011

AJAX , Apa Tu ?

AJAX singkatan kepada Asynchronous Java and XML. Ia adalah teknik pembangunan web untuk menghasilkan aplikasi laman web yang interaktif. Apa yang menarik tentang AJAX ialah, kita dapat menghasilkan laman web yang dapat menghantar request tanpa reload/refresh. Samalah seperti kita menggunakan software di dalam komputer kita.

Macamana AJAX berfungsi ?
Ajax berfungsi dengan kerjasama dokumen XML. Sebagai contoh, di dalam windows, kita ambil calculator, apabila kita m'ggunakan calculator, selepas kita memasukkan nombor, kita akan dapat keputusan kiraan secara terus tanpa perlu menunggu. Berbanding dengan aplikasi laman web yang mempunyai calculator, kita perlu menunggu browser untuk reload terlebih dahulu sebelum memaparkan keputusan kiraan. Dengan AJAX, pengguna akan berasa seperti menggunakan aplikasi sebenar kerana keputusan akan dipaparkan secara automatik tanpa perlu menunggu browser untuk reload atau refresh.

No comments: