Thursday, March 10, 2011

Apa Petanda Anda Ada Motivasi ?

Petanda anda ada motivasi, ialah apabila anda merasa seronok melakukan sesuatu. Rasa seronok tu akan timbul dalam menjalankan proses. Kita perlu set matlamat. Dengan matlamat, kita tahu apa yang kita mahu capai. Untuk mengekalkan motivasi, tumpukan perhatian pada proses, anda pasti akan melalui tahap-tahap tertentu. Dekat dalam tu anda akan jumpa keseronokan, keseronokan menerima cabaran untuk memburu matlamat anda, keseronokan menyiapkan kerja, keseronokan terjumpa benda baru dan keseonokan dapat menjumpai pengetahuan baru. Rasai keseoronokan melakukan kesemua itu. Rasai sedalam mungkin. Bila rasa seronok sudah anda rasai, anda akan boleh melakukan sesuatu dengan cukup lama. Anda akan membina stamina mental. Dalam berusaha memburu kejayaan, stamina mental ini yang anda perlukan sebab anda akan berdepan dengan banyak kegagalan, kesusahan, kepayahan dan ketidaktentuan. Selagi anda menumpu pada rasa seronok melakukan sesuatu, anda akan dapat mengharugi masa-masa kelam anda dengan selesa. Anda tak akan dipengaruhi oleh rasa kecewa, hampa ataupun duka. Motivasi anda akan hilang tiba-tiba apabila anda merasa hampa. Jadi tingkatkatkan usaha anda dan tetapkan matlamat anda.

No comments: