Tuesday, March 1, 2011

Mutiara Kata

1. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
2. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
3. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
4. Kesedihan & kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
5. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
6. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
7. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan.
8. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
9. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

No comments: