Tuesday, March 1, 2011

Buang Fail ke Recycle Bin

Tekan sahaja butang ‘DEL‘ maka fail itu wujud di dalam ‘Recycle Bin’. Namun adakah fail ini benar-benar hilang daripada harddisk? Hakikatnya data itu masih ada, masih wujud dalam harddisk. Apa yang berlaku, alamat ke situ sahaja yang dipadam dengan bahasa mudahnya.. bayangkan kita kehilangan alamat ke rumah seorang sahabat. Pasti tidak tiba bukan? Tetapi rumah sahabat kita itu ttp ada. Melainkan dtg jentolak merobohkan rumahnya kemudian membina rumah lain di atas tapak yang sama. Begitu juga dengan data di dalam harddisk. Ia cuma akan dipadam apabila ada data baru ditulis di atasnya. Oleh itu, selagi tidak format masih ada cara untuk mendapatkan semula fail itu dengan bantuan program khas. Google ‘Restore My File’ jika berminat mencari program itu.

No comments: