Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang. Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot. Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear. Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan2 untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami. Dipanggillah 2 orang tukang paling expert negara mereka untuk segera menggali tanah Malaysia. Setelah kedalaman 70 meter, kedua2 tukang naik ke atas. Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ? Tukang Gali : Tidak ada apa-apa. Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ? Tukang gali : Takde Dato’ Menteri Malaysia : (Sambil ‘menjeling kerek’ ke Menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS !
Saturday, January 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment