Friday, April 1, 2016

Macbook Baru Bersaiz 12-inci

Apple hari ini telah mula menerima tempahan untuk Macbook bersaiz 12-inci mereka yang terbaru, dimana berbanding dengan harga pengenalan tempoh hari (RM4499), kini ia telah dikemaskini dengan tambahan GST, dan disenaraikan pada harga RM4769. Apple mengatakan ia akan sedia untuk dihantar kepada pelanggan dalam tempoh tiga ke empat minggu lagi. Macbook 12-inci yang terbaru daripada Apple memfokuskan kepada rekaan yang amat nipis, dan hadir dengan hanya satu port sahaja, iaitu port berasaskan USB Type-C. Memandangkan ia masih lagi baru, aksesori yang menyokongnya masih terhad dan mungkin anda perlu membeli beberapa dongle tambahan untuk menyokong peranti sedia ada untuk digunakan bersama-sama Macbook 12-inci ini. Versi model asas hadir dengan cip Intel Core M 1.1Ghz, memori 8GB RAM, menggunakan Intel HD Graphics 5300 dan dilengkapi ruangan storan 256GB. Variasi berharga RM5829 turut hadir dimana ia menggunakan cip Intel Core M 1.2GHz dan menyertakan ruangan storan sehingga 512GB. Komputer riba ini turut dilengkapi kamera hadapan 480p untuk tujuan FaceTime, selain turut didatangkan dengan bateri yang boleh digunakan sehingga 9 jam untuk melayari web, atau 10 jam untuk memainkan filem. Macbook 12-inci ini boleh ditempah dalam pilihan warna perak, emas dan juga hitam bermula hari ini di Apple Store Online.

No comments: