Wednesday, March 30, 2016

Samsung Gear A

Samsung pada setahun dua yang lepas, telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka dengan pengenalan telefon pintar utama mereka. Namun, ia tidak berlaku pada pengenalan Galaxy S6, dan beberapa laporan hadir mengatakan Samsung akan hadir dengan jam tangan pintar yang lebih menarik dan menawarkan penggunaan dan ciri-ciri yang lebih baik berbanding pesaing lain. Samsung sedia diperkatakan sedang membangunkan jam tangan pintar dengan skrin bulat, dan lanjutan daripadanya, sebuah laporan baru hadir mengatakan ia kelak mungkin dikenali sebagai Gear A. Gear A ini kelak dikatakan akan hadir dalam dua variasi, iaitu versi biasa yang menyokong Bluetooth dan WiFi, selain versi 3G seumpama Gear S yang membolehkan anda menjawab panggilan menggunakannya. Jam tangan pintar yang premium daripada Samsung ini dikatakan mungkin akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi. Dengan Samsung yang telah mula menarik hati ramai pengguna kembali melalui pengenalan Galaxy S6, semestinya jam tangan pintar terbaru daripada mereka ini akan dinantikan ramai, apatah lagi dengan persaingan dalam arena jam tangan pintar ini kian sengit dengan peyertaan pelbagai jenama baru seperti Huawei dan juga Apple.

No comments: