Wednesday, March 30, 2016

HTC One M9+ Dilancarkan Untuk Pasaran China

HTC One M9+ dilancarkan secara rasmi di Beijing sebentar tadi. Ia mengekalkan rekaan One M9 tetapi dengan skrin yang lebih besar. Peranti ini mempunyai skrin 5.2″ QHD LCD IPS, pemproses Mediatek MT6795T lapan teras (2.2 GHz), RAM 3 GB dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Berbeza dengan M9, kamera utama 20 Megapixel One M9+ menyokong fungsi Duo Camera. Kamera hadapan Ultrapixel yang sama digunakan. Ia akan menggunakan sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka khas Sense China. Penggunaan pemproses Mediatek adalah mengejutkan kerana kami berharap ia akan mengekalkan pemproses Snapdragon 810 One M9. Mungkin masalah haba yang melampau Snapdragon 810 memaksa HTC untuk berubah angin kepada Mediatek. Fungsi lain yang disertakan ialah pembesar suara Boomsound dan pengimbas cap jari. Membezakan peranti One M9 Plus dengan E9+  adalah dari segi spesifikasi, selain binaan kerangka dan sokongan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian hadapan – di antara HTC Boomsound pada bahagian bawah.

No comments: