Wednesday, March 30, 2016

HTC Desire 326G

HTC sejak daripada Mobile World Congress 2015 yang lepas, boleh dikatakan memperkenalkan peranti baru hampir setiap minggu. Selepas pengenalan One E9 Plus, One M9 Plus dan juga One M8s, kini HTC turut memperkenalkan sebuah lagi peranti baru tetapi dibawah keluarga Desire. Dinamakan sebagai HTC Desire 326G, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini, tetapi tidak mustahil untuk HTC memperluaskannya ke pasaran Asia Tenggara dalam masa beberapa bulan. HTC Desire 326G hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Speadtrum SC7731G 1.2Ghz empat-teras, memori sebanyak 1GB RAM, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM. Peranti ini turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti dengan sokongan rangkaian 3G sahaja ini menyertakan bateri berkapasiti 2000mAh, dan turut menggunakan antaramuka HTC Sense. Dari segi rekaan, ia mengekalkan rekaan popular HTC, dan turut hadir dengan pilihan warna putih dan hitam. Harga jualannya masih belum diumumkan oleh HTC, dan ia akan mula dijual bermula di India pada Mei 2015 kelak.

No comments: