Wednesday, March 30, 2016

Babel Bike : Adakah Ini Basikal Paling Selamat Di Dunia?

Basikal ialah kenderaan beroda yang semakin popular di negara Barat sekarang kerana kesedaran untuk mengurangkan pencemaran. Bandaraya Amsterda, New York dan Tokyo mempunyai budaya berbasikal yang sangat sihat. Pembinaan jalan khas untuk pengguna basikal membuatkan semakin ramai penduduk memilih untuk berbasikal dari memandu kenderaan bermotor. Peningkatan pengguna basikal ini juga menyebabkan peningkatan kematian pengguna. Kerap kali kematian berlaku apabila penunggang tercampak dari basikal dan digilis. Menyedari hakikat ini Babel Bike dicipta oleh Crispin Sinclair. Babel Bike ialah basikal moden yang turut mempunyai sistem pacuan elektrik. Menurut Crispin basikal ini mungkin adalah basikal paling selamat digunakan di dunia kerana beberapa ciri keselamatan yang disertakan. Ia mempunyai sangkar yang melindungi tubuh penunggang sekiranya mereka terjatuh. Penunggang duduk di dalam sangkar yang mampu menahan diri mereka dari digilis oleh roda sekiranya berlaku kemalangan. Sistem tali pinggang keledar memastikan mereka tidak akan tercampak keluar. Turut disertakan ialah sistem isyarat membelok dan lampu brek bagi memudahkan pengguna jalan raya lain melihat mereka dengan lebih jelas. Rantai basikal juga diletakkan di dalam bekas tertutup sekaligus mengelakkan ianya tersekat dengan objek lain. Harga jualan bermula dari RM 11 000 sebuah. Adakah anda sanggup berbelanja lebih untuk basikal selamat seperti Babel Bike? Rekaan motosikal dengan sangkar besi ini sudah wujud sejak 90an lagi tetapi tidak mendapat sambutan serta akan meningkatkan kos pengeluaran. Tetapi jika dipaksa memilih menjimatkan wang ataupun nyawa kami akan sentiasa mengambil pilihan kedua. Wang boleh dicari tetapi hidup hanya sekali. YOLO.

No comments: