Wednesday, November 25, 2015
WhatsApp Akhirnya Hadir Dengan Klien Web
WhatsApp hari ini
secara rasminya telah memperkenalkan perkhidmatan WhatsApp dalam versi
web, sekaligus membolehkan para pengguna WhatsApp untuk log masuk ke
perkhidmatan WhatsApp menggunakan komputer mereka. WhatsApp Web ini
memerlukan pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan menggunakan
aplikasi WhatsApp di peranti mudah-alih. Buat masa ini, WhatsApp Web
hanya menyokong BlackBerry, Android dan juga Windows Phone. Menurut
pihak WhatsApp, pengguna iOS tidak boleh digunakan buat masa ini kerana
had yang ditetapkan oleh pihak Apple pada platform mereka. Semua
pengguna perlulah menggunakan versi terkini aplikasi WhatsApp, dimana
pihak WhatsApp telah menambah sebuah menu baru pada aplikasi mereka,
dinamakan sebagai WhatsApp Web. Mengaksesnya, ia akan membuka aplikasi
kamera untuk mengimbas kod QR yang dipaparkan pada pelayar web. Selepas
mengimbas, anda secara automatik akan log masuk ke WhatsApp Web, dan
segala tetingkap sembang boleh turut diakses melalui web – termasuk
gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp. Pengguna turut boleh membuat
carian rakan-rakan pada panel carian di WhatsApp Web, dan ia menarik
data daripada peranti pengguna. Pihak WhatsApp meminta pengguna
menghubungkan peranti mudah-alih mereka ke WiFi untuk mengelakkan
penggunaan data berlebihan. Kami telah mencubanya secara ringkas, dan ia
beroperasi dengan lancar tanpa masalah. WhatsApp turut mengintegrasikan
sokongan notifikasi dari pelayar web, memudahkan pengguna untuk
mengetahui akan notifikasi sekiranya terdapat mesej baru diterima
mereka. Pengenalan WhatsApp Web ini semestinya diminati ramai,
memandangkan kini anda sudah boleh berinteraksi dengan rakan-rakan
menggunakan pelayar web pada komputer – sekaligus tidak lagi memerlukan
anda untuk menyemak skrin telefon anda setiap kali menerima mesej
daripada WhatsApp. Layari : WhatsApp Web
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment