Wednesday, March 18, 2015

Paint.NET 4.0 Diperkenalkan

Pada platform Windows, terdapat pelbagai perisian penyuntingan gambar, dan salah satu yang popular adalah Paint.NET. Kini, setelah melalui fasa pembangunan untuk beberapa bulan, Paint.NET 4.0 versi stabil ditawarkan kepada semua pengguna Windows secara rasminya. Seperti kemaskini setiap versi, Paint.NET hadir dengan pelbagai pembaharuan dan pengoptimasian untuk enjin penyuntingan mereka. Versi baru ini menggunakan enjin rendering baru yang mana membawa kepada sokongan GPU hardware acceleration, sekaligus menyumbang kepada masa penyuntingan dan prestasi yang lebih pantas. Pihak pembangun Paint.NET juga dilihat telah mengemaskini bahagian toolbar, selain hadir dengan beberapa fungsi baru pada perisian penyuntingan imej ini. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Paint.NET 4.0 secara percuma daripada laman rasminya. Untuk makluman, Paint.NET 4.0 hanya menyokong sistem operasi Windows 7 dan terkini sahaja. Muat-Turun Paint.NET 4.0 untuk Windows

No comments: