Selepas beberapa pengeluar hadir dengan telefon pintar dua-SIM, kini Samsung ingin memperkenalkan telefon pintar tiga-SIM mereka dikenali dengan nama Galaxy Star Trios. Telefon pintar ini diumumkan untuk pasaran Brazil sahaja dan tidak diperluaskan ke negara lain. Membawakan skrin sentuh bersaiz 3.14-inci dengan paparan 240×320 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 1GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 2MP dan ruangan storan terbina 4GB. Sokongan lain seperti mikro-SD, WiFi, Bluetooth dan sebagainya turut disertakan. Telefon ini menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka Samsung TouchWiz. Dijual pada harga $165 (RM551) di Brazil.
Wednesday, February 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment