Wednesday, February 12, 2014

Flappy Bird Ditarik Balik

Seperti mana yang dijanjikan pembangunnya, Flappy Bird telah ditarik balik pada AppStore dan Google Play. Flappy Bird telah menjadi salah satu permainan yang sangat popular dan menyebabkan pembangunnya tidak begitu selesa dengan perhatian media yang diberikan. Ia juga turut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi lain seperti rekaan grafik yang menyerupai permainan lain dan sebagainya. Walaubagaimanapun Flappy Bird yang sedia dipasang pada peranti pengguna masih boleh dimainkan dan hanya pemasangan baru sahaja tidak dibenarkan. Ia menjadi popular disebabkan kesukaran mengawal permainan tersebut sehingga menjadi perbualan ramai. Direka untuk bermain hanya beberapa minit ketika anda sedang berehat. Sebaliknya ia menjadi salah satu permainan yang dimainkan berulang-kali, sekaligus menjadikannya sebuah produk yang ketagih untuk dimainkan. 

No comments: