Friday, August 26, 2011

4 Cara Untuk Menjadi Lebih Produktif Pada Waktu Pagi

Dapatkan tidur yang cukup : Untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, anda perlukan tidur yang cukup. Ini adalah untuk membantu anda menjadi lebih produktif pada keesokan paginya. Seseorang memerlukan masa yang berbeza2 untuk mereka merehatkan tubuh, pastikan anda tahu berapa jam yang sesuai untuk diperuntukkan. Kunci produktiviti anda pada pagi ini adalah bergantung terhadap kualiti tidur yang anda perolehi pada malam tadi. Jumlah jam untuk anda tidur sebenarnya tidak memainkan peranan, apa yang lebih penting adalah anda mengetahui masa yang bersesuaian diperlukan untuk tubuh anda berehat.

Senaman : Pasti ramai yang menyatakan bahawa senaman pada waktu pagi akan lebih memenatkan kita untuk melakukan aktiviti harian terutamanya pada hari bekerja. Ianya berkemungkinan benar kerana ketika waktu kerja tubuh kita memerlukan tenaga yang banyak. Tetapi sekiranya anda mengetahui cara untuk melakukan senaman ringan, pasti ianya tidak mendatangkan masalah. Sebagai contoh, pada pagi anda bekerja, anda tidaklah perlu berlari sejauh 5 km yang seperti anda lakukan pada hujung minggu, cukup dengan hanya berjalan beratus2 meter untuk melancarkan pengaliran darah anda.

Sarapan : Ada pihak yang menyatakan bahawa sarapan adalah kunci terhadap kejayaan hari anda. Sekiranya anda berjaya dapatkan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi, pasti anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menghasilkan mutu kerja yang baik untuk sepanjang hari. Ia ternyata benar. Rancang sarapan yang bersesuaian dengan tubuh badan anda.

Cahaya pagi : Mengikut kajian, cahaya pagi dapat membantu untuk meningkatkan kecergasan seseorang. Ia amat merugikan sekiranya seseorang tidak memperuntukkan masa sebentar untuk menikmati cahaya pagi. Ia tidak memerlukan masa yang lama, cukup sekadar 5 hingga ke sepuluh minit. Cahaya pagi adalah ketika terbitnya fajar dan sebelum sinaran cahaya matahari yang sebenar terpancar.

No comments: